MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa melakukan pemantauan dan kawalan di semua pintu masuk serta kawasan tumpuan, susulan pembukaan semula sempadan negara bermula hari ini, bagi memastikan pengunjung dan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Aidi Ismail berkata walaupun beberapa SOP telah dilonggarkan, pemakaian pelitup muka masih dikuatkuasakan dan pihaknya sentiasa bersiap sedia mengikut arahan terbaharu kerajaan.
"Dalam tempoh dua tahun masyarakat kita sudah pun matang dan belajar daripada pengalaman berdepan dengan pandemik ini, justeru polis berharap orang ramai mengambil berat serta bertanggungjawab dalam memastikan penularan COVID-19 ini terkawal.
"Kita juga akan memantau tempat-tempat yang perlu dikawal bagi aktiviti-aktiviti yang masih tidak dibenarkan seperti pusat hiburan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyaksikan penyerahan dokumen tugas daripada pemangku Ketua Polis negeri Datuk Razali Abu Samah kepada Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.
Aidi berkata polis juga komited untuk memperhebat pemantauan bagi memastikan kadar jenayah terus berkurangan di bawah Fasa Peralihan ke Endemik dengan meningkatkan kehadiran polis di kawasan panas dan kawasan perumahan.
"Ini termasuk melakukan rondaan menerusi pasukan Mobile Patrol Vehicle (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang akan dipertingkat bukan sahaja di kawasan perumahan malah kawasan perniagaan dan sasaran bermaklumat.
"Selain meneruskan program-program melibatkan Skuad Aman Wanita (AMANITA) serta inisiatif Go To Safety Point (GTSP) diperluaskan dan dipergiatkan lagi di stesen-stesen petrol seluruh negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
AIDI: Kita juga akan memantau tempat-tempat yang perlu dikawal bagi aktiviti-aktiviti yang masih tidak dibenarkan seperti pusat hiburan dan sebagainya. - Gambar/ PDRM
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Polis buka kertas siasatan kes resit hina Islam
Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes resit dikeluarkan sebuah restoran makanan segera yang didakwa tertera perkataan menghina Islam.
Polis buka kertas siasatan aktiviti memasak di stesen minyak di Genting Highlands
Polis terima satu laporan polis berhubung satu klip video yang tular di media sosial memaparkan aktiviti memasak di stesen minyak terbabit.
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap
Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.
Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'
Pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit.
Serang Safiq Rahim: Kerajaan Johor yakin kewibawaan PDRM siasat, kesan pelaku
Datuk Onn Hafiz Ghazi sedih dan terkejut dengan apa yang berlaku, namun yakin dengan keupayaan PDRM yang akan menyiasat perkara tersebut.